SELAMAT DATANG KE BLOG RBT4. SELAMAT MEMBACA. TERIMA KASIH KERANA MELAWAT KAMI.

Monday, December 21, 2009

Sila Ambil Perhatian

salam.

cerita yang kami dapat petang tadi.
pendaftaran kemasukan bagi pelajar-pelajar
PISMP ambilan Januari 2010 telah dipercepatkan
dari tarikh 18 Januari 2010 ke tarikh 04 Januari 2010.

harap maklum.

wassalam

Thursday, December 17, 2009

Salam Maal Hijrah 1431.

salam



BUANG YANG KERUH AMBIL YANG JERNIH.
JADIKAN HARI-HARI YANG MENDATANG
LEBIH BAIK DARI HARI-HARI YANG SEBELUMNYA.
INSYA ALLAH.


Salam Maal Hijrah 1431
dari kami.


wassalam



Wednesday, December 9, 2009

Perkhabaran.

salam.



*sangat sayang ini IPGM :)



Perkhabaran yang baru sahaja diterima dari pihak atasan IPGM KSM.
Kami akan mendaftar untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
pada 18 Januari 2010. Sila tunggu kehadiran postmen-postmen untuk
mendapatkan warkah berlagu kegembiraan dari Bahagian Pendidikan Guru (BPG).




sekian, harap maklum.
wassalam.








notakaki || sila ambil berat pada perkataan yang berbold, dicondongkan dan digariskan :)

Tuesday, December 8, 2009

Elaun . . Elaun . .

HAHAHAHA tajuk ini menterujakan bukan? mesti kamu sumer nak dengar cerita lebih lanjut bukan ? ya ? bukan ? ya ? HAHAHAHA. eh kenapa ini? jemari chumel suka sangat bergelak sakan macam orang gila. macam ini rakan-rakan guru, dato' dan datin2nya, tansri serta puan2 srinya (alamak, boleh kena heart attack pensyarah jemari chumel bila mentengok susunan mengikut pangkat yg jemari chumel hentam keromo saja)

perhatian : sila perhatikan frasa yg sudah diboldkan? apa yg anda pikir? >.<

sambung cerita jemari chumel di pagi yg berbahagia ini. wahh, disebabkan elaun sudah masuk oleh itu, jemari chumel menklasifikasikan pagi ini sebagai bahagia. memang tidak dapat dinafikan lagi. setuju? setuju? jangan risau, jemari chumel dak habaq pi kat sapa2 aih. [boleh pendek umur jemari chumel bila admin dan istie baca ini HAHAHA] maaf, tidak diperlukan sesiapa yg berperasaan di sini. baiklah, jemari chumel akan berlagak semakin cool dan vogeyy da vass ??? manusia gedik saja yg tahu. terima kasih atas gelaran tersebut. alamak, jemari chumel mengarut lgi. berhenti! berhenti!

maaf sekali lagi. jemari chumel memang sawan bila sudah terlalu gembira. berbalik kepada cerita asal oleh sharifah abu salem [novelis kegemaran semua]- walaupun setakat ini jemari chumel masih lagi memangkah kisah sweet-love story-by taylor swift : elaun sudah masuk.

setelah beberapa hari menanti sesuatu yg pasti, akhirnya telah di banked in juga oleh HEP kami yg dicintai (cinta kah? tiada jawapan lagi :) yg paling mensyokkan perasaan jemari chumel ialah, elaun kami masuk disaat elaun org lain sudah langsai! seronok bukan untuk catwalk dihadapan mereka dengan menayangkan duit kerajaan HAHAHAHA. keseronokan yg tiada bandingan. beri laluan kepada iklan penaja kami Honey Star.

Oleh itu, sekian sahaja entri kali ini. buat rakan-rakan intake julai/08, pesanan jemari chumel, bazirkan sepuasnya dengan elaun itu sebab kerajaan memang syg kita HAHAHA. gurau saja. gunalah sebaiknya. duit boleh dicari, keremajaan akan pergi.
soooooooo. kita ENJOY!

Friday, November 27, 2009

Tazkirah Satu Bang !

salam aidil adha / aidiladha .

minta maaflah buat julung2 kalinya jemari comel ini menaip entri bagi blog hangat lebih hangat daripada biasa ini . biasalah . orang kuat admin so far . anda semua jangan jeles tahu . seperti yang telah diingatkan oleh admin . jemari comel ini perlu menggunakan bahasa standard aka ala2 baku lah konon . bukan apa . supaya rakyat malaysia akan lebih mengagungkan bahasa ibunda semaksima mugkin . SATU MALAYSIA .
baiklah . terus kepada celoteh jemari comel ini tanpa membuang masa apatah lagi waktu yang senantiasa berjalan walaupun tiada pernah jemari comel mengetahui waktu sebenarnya mempunyai sifat kaki . berapa banyak kaki yang beliau ada tidak perlulah diketahui bukan ? gelak bersama-sama . admin , bolehkah begini ? diam-diam sahaja tahu . aidiladha/aidil adha . jemari comel berkira2 dengan menggunakan sempua lama zaman tok kaduk bagaimanakah ejaan yang sebenarnya ? perlu didekatkan atau dijarakkan ? tiada jawapan ? oleh itu kita skip to the next scene . aduhai sayang ! sudah berpatah-patah jemari comel menaip . yang mana satu tazkirahnya ? mengagungkan bahasa ibunda ? gelak bersama-sama ? dimana ? tolong jangan bermain sorok-mensorok di sini . jemari comel tidak suka . jemari comel berhenti menkarut sekarang . baiklah . seterusnya . makna hari raya korban . jemari comel bergerak sebentar menonton Al-kuliyyah . salah seorang panel jemputan ialah bapa saudara jemari comel . ketawa saperti ulat gonggok (bagaimana ya ?) jemari comel cuba untuk menjenakakan anda . beliau ialah pengarah UITM joihor , PROF DR MOHD KAMIL IBRAHIM . jangan tanya lebih2 . jemari comel juga baru kenal .

DI BAWAH INI jemari comel MAHU KONGSI MAKLUMAT .

seperti yang diketahui . ibadah ini adalah sebagai mencontohi dan meningati pengorbanan nabi Allah Ibrahim as serta anakndanya Ismail as demi mendapatkan keredhaan Allah S.W.T.

Definisi korban ialah menyembelih biinatang ternakan pada hari raya aidiladha dan hari-hari Tasyrik (11, 12, dan 13 zulhijjah) dengan niat beribadat kepada Allah S.W.T. maka , hukum mengerjakan korban ialah sunat muakkad bagi umat Islam yang mampu , wajib kepada sesiapa yang bernazar malah fardu kifayah bagi sesebuah keluarga . binatang2 yang boleh dijadikan korban adalah binatang2 al-an'am . yang dikatakan sebagai al-an'am terdiri daripada lembu , kambing dan unta . waktu korban sebaiknya ialah pada pagi 10 zulhijjah sebaik sahaja selesai sembahyang raya sehingga terbenam matahari pada hari ketigabelas zulhijjah .


hadis Rasulullah SAW ada menyebut : barangsiapa yang ada harta tetapi tidak melakukan ibadat korban , maka janganlah dia mendekati musolla2 kami .
hadis ini diklasifikasikan oleh para ulama sebagai suatu amaran daripada Rasulullah SAW .


oleh yang demikian rupa . jelaslah jemari comel bahawa ibadah korban ini amat penting . dapat beribadat korban , bersedekah . erat silaturrahim . betul bukan ? tetapi , apa yang PENTING ? siapa jawab kerjasama memang sengaja mahu makan tanduk unta . yang penting ialah nawaitu pemberi korban . jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri . eh bukan . jangan biarkan niat anda menjauhkan anda daripada keredhaan-NYA . anda bagaimana ? masih belum jelas lagi ? jemari comel mencadangkan anda semua belek kembali buku pendidikan agama islam tingkatan 5 . jawapan yang anda cari ada di sana . di sana . di saaaaaana . masih bebal juga ? eloklah rujuk kepada yang lebih pakar . kalau masih tidak dapat juga . jemari comel mencadangkan berjumpalah doktor pakar sebelum lebih parah . HAHAHAHA (berlawak sahaja, jangan baling daging korban pada jemari comel) >.<
_____________________________________________________________________________________
sekian .


p/s : admin . maaf ya kalau tidak menepati kehendak soalan .

Friday, November 20, 2009

Happy Holiday. PPISMP Is Over.

salam.





first we wanna wish
happy holiday to all.
we will gonna miss our moment here.


bye bye friends.
bye bye IPGM KSM.
bye bye PPISMP.


see u all for next semester.
we will be PISMP stdudents.
yeeppi.


guys, enjoy ur holiday okey!








Monday, November 2, 2009

A Part Of Memories

DEBAT INTER UNIT 2009


GERKO PERMAINAN (BADMINTON)


LEPAKING IN THE CLASS


LATIHAN DRAMA FOR
ENGLISH DRAMA NITE 2009


ENGLISH DRAMA NITE 2009




setiap detik waktu bertukar,
setiap memori ragam berganti,
akanku pahat dalam ingatan,
agar ia terus subur mekar,
menjadi sebahagian dari kehidupan.

Friday, October 30, 2009

Drama Nite 2009.

salam.


selesai sudah english drama nite 2009.
thank a lot pada semua yang hadir.

alhamdulillah, kelas kami
telah memberi persembahan yang
agak mantap sekali.
walaupun kami tak menang
apa-apa malam itu.

tahniah pada yang menang malam itu
dan yang tak menang pun kami
ucapkan tahniah sebab dengan kejayaan event ini
yang berlanjutan sampai pukul 1 pagi ;)

Tuesday, October 13, 2009

Gambar Kelas






salam.


gambar menceritakan segala-galanya.
lihat dan buatlah tafsiran yang positif.


sekian, terima kasih.


wassalam.

Saturday, October 3, 2009

PERTANDINGAN DEBAT INTER UNIT PIALA KETUA JABATAN PENGAJIAN MELAYU 2009.
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS SULTAN MIZAN.
1 -3 OKTOBER 2009.




Pasukan unit kami telah mengambil bahgian bagi pertandingan kali ini.
Unit kami telah menghantar Muhammad Zikery, Muhammad Afiq Aiman,
Adi Izdihar dan Nur Atikah sebagi pendebat unit kami.



Berikut adalah perlawanan bagi setiap pusingan :


Pusingan 1

Tarikh :: 1 Okt. 2009
Masa :: 9.00 malam
Kerajaan :: RBT4
Pembangkang :: Sains Sem 3
Usul :: Masalah Perpaduan Negara : Ahli Politik Puncanya
Margin :: -1.3



Pusingan 2

Tarikh :: 2 Okt. 2009
Masa :: 9.00 pagi
Kerajaan :: Swing Team
Pembangkang :: RBT4
Usul :: Memupuk Semangat Perpaduan : Tanggungjawab Sekolah
Margin :: -1.0


Pusingan 3

Tarikh :: 2 Okt. 2009
Masa :: 11.00 pagi
Kerajaan :: Pra Sem 1
Pembangkang :: RBT4
Usul :: Perpaduan Kaum Bukan Sekadar Retorik
Margin :: 1.1



Pusingan 4

Tarikh :: 2 Okt. 2009
Masa :: 9.00 malam
Kerajaan :: RBT4
Pembangkang :: KS Sem 1
Usul :: Sistem Pendidikan Negara Menyemai Perpaduan Kaum
Margin :: -1.5








Thursday, October 1, 2009

Debat Inter Unit 2009

salam.

bermula pada malam ini bermulalah pertandingan
Debat Inter Unit 2009.
pertandingan adalah edisi ke-2.
pada tahun lepas wakil bagi kelas kami
adalah
1) Zikery Hassan
2) Atikah
3) Ain
4) Farah

dan pada tahun ini pula
kelas membariskan pasukan debat
yang terdiri daripada
1) Zikery Hassan
2) Aiman @ Katak
3) Adi @ Mamu
4) Atikah


doakanlah kejayaan pasukan debat kelas kami
supaya mereka berjaya dan tenang dalam
semua saingan pertandingan ini.
amiin.


wassalam

Monday, September 28, 2009

Tiada Tajuk.

salam buat semua.

sudah seminggu kita meraikan kemeriahan dibulan syawal ini.
mesti anda-anda semua banyak kisah-kisah yang menarik untuk dikongsi.
begitu jugalah kami sewaktu di dalam kelas.
terlalu gembira dapat bertemu semula selepas seminggu berpisah. haha.
banyak juga kuih muih yang dibawa ke kelas setiap daripada kami.
terlalu banyak sehingga tidak tahu memilih yang mana untuk dimakan.

dalam pada berseronok itu, kami semakin hampir ke akhir sem.
musim exam pun akan berkunjung tiba tidak lama lagi.
dalam beberapa minggu lagi, kami akan menghadapi amali bagi
subjek lukisan kejuruteraan dan oral.
doakanlah kami okey.

Monday, September 21, 2009

Pindah

assalamualaikum.

laman blog gila gila cikgu yang lama,
telah pun dimansuhkan.
ini adalah laman yang terbaru
yang masih mengunakan nama yang sama.
pengurusan bagi laman blog ini akan lebih terbuka
kepada ahli-ahli gila gila cikgu.
 

Blog Template by bicaraseliparjepun