SELAMAT DATANG KE BLOG RBT4. SELAMAT MEMBACA. TERIMA KASIH KERANA MELAWAT KAMI.

Friday, March 12, 2010

Permohonan Untuk Kursus Perguruan Lepasan SPM.

salam.

kami PISMP RBT 4 ambilan Jaunari 2010
ingin mengucapkan selamat bercuti buat semua.
terutama buat guru-guru pelatih IPG KSM.

jangan nakal-nakal okey semasa cuti ini.
jangan lupa buat tugasan yang masih belum siap.

sehubungan dengan itu juga, kami ingin
mengucapkan tahniah buat semua adik-adik
yang telah berjaya mendapatkan banyak A
dalam keputusan SPM yang diumumkan baru-baru ini.

yang kurang bilangan A nya, jangan bersedih.
teruskan usaha, tingkatkan azam untuk terus berjaya.

baiklah, bagi adik-adik di luar sana yang berminat
dalam bidang perguruan/pendidikan bolehlah memohon
untuk menjadi sebahagian daripada kami. huhu.

ini link untuk mengisi borang. sebelum itu
jangan lupa untuk membeli nombor pin di BSN berhampiran anda.

PERMOHONAN DALAM TALIAN KURSUS PERGURUAN LEPASAN SPM (KPLSPM)

tarikh tutup permohonan :: 28 mac 2010

sekian, wassalam

Monday, March 8, 2010

Short Update


salam buat semua sobat.

minggu ini merupakan minggu terakhir
sebelum kami semua bercuti mid sem.
cuti hanya seminggu sahaja.

selepas cuti tersebut, kami akan menjalani
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)
atau
SCHOOL BASE EXPERIENCE (SBE)
selama seminggu.

tugusan yang menjadi kegemaran kami semua
juga semakin bertambah. huhu.


sekian, wassalam :)
 

Blog Template by bicaraseliparjepun