SELAMAT DATANG KE BLOG RBT4. SELAMAT MEMBACA. TERIMA KASIH KERANA MELAWAT KAMI.

Thursday, July 15, 2010

Ulang Tahun Ke-2.

Salam.

Tarikh 14 Julai 2010, kami meraikan ulang tahun ke-2 menjejakkan kaki di IPG Kampus Sultan Mizan ini.



Jika 2 tahun lalu kami bergelar pelajar Persediaan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP), kini kami telah pun bergelar pelajar Progran Izajah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) semester dua. Begitu pantas masa berlalu.

Sepanjang dua tahun kami bersama banyak suka dan duka kami lalui bersama. Kenangan yang kami lalui itulah yang mematangkan kami dalam menjalani hari-hari di kampus ini.

Diharapkan ukhwah yang terjalin ini akan berkekalan sampai bila-bila. Insya Allah.

Saturday, July 10, 2010

Majlis Persaraan.

Salam.



Pada tarikh 8 Julai 2010 bertempat di Dewan Bendahara IPG Kampus Sultan Mizan telah dilangsungkan Majlis Persaraan tiga orang pensyarah IPG ini.

Yang diraikan pada majlis tersebut ialah :


  • Tuan Haji Abdul Murad Bin Zakaria, Ketua Jabatan Pengajian Melayu
  • Tuan Haji Ahmad Bin Mohd Salleh, Pensyarah Kanan JaPIM
  • Tuan Haji Yajid Bin Yaakob, Pensyarah Kanan Jabatan Matematik

Kami dari kelas RBT4 mengucapkan selamat bersara kepada encik bertiga. Jasa kalian amat kami hargai.

Thursday, July 1, 2010

Tahun Pertama, Semester Ke-2.

Salam.

Hari ini genaplah seminggu kami memulakan kuliah di semester baru bagi tahun pertama kami. Alhamdulillah semua masih berjalan lancar. Kami berharap perkara ini akan berlanjutan sehingga ke hujung semester. Amiin.

Pada semester kali kelas kami diterajui oleh Saudara Tengku Akhtarul Hassan sebagai Ketua Unit (KU). Bagi jawatan Penolong Ketua Unit (PKU) pula disandang oleh Saudari Rahimah Bt Yem. Bagi jawatan setiausaha dan Bendahari masih disandang oleh Saudari Nurul Syazwana Bt Suhaimi dan Saudari Nurrarrah Ain Bt Mohd Ali.



Subjek bagi semester kali ini terdiri daripada :


  • WAJ3103 - English Language Profeciency 2
  • WAJ3104 - Literasi Bahasa 
  • WAJ3105 - Numerical Literacy
  • EDU3103 - Murid & Alam Belajar
  • RBT3103 - Kajian Kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah
  • RBT3104 - Teknologi Tanaman Sayuran & Hiasan
  • PJM3102 - Pergerakan Asas

Diharapkan akan menambah satu lagi koleksi memori indah yang akan terukir kekal dalam ingatan kami seisi kelas.

Sekian, wassalam
 

Blog Template by bicaraseliparjepun