SELAMAT DATANG KE BLOG RBT4. SELAMAT MEMBACA. TERIMA KASIH KERANA MELAWAT KAMI.

Friday, September 10, 2010

Salam Lebaran.

Salam.




Kami ingin mengucapkan 
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
kepada semua warga IPG Kampus Sultan Mizan, warga IPG seluruh Malaysia, muslimin muslimat.

Maafkan kami andai ada salah dan silap.



Sekian, wassalam.

Monday, August 9, 2010

Bina Insan Guru Fasa II.

Salam.

6 Ogos 2010 bersamaa hari Jumaat yang lalu, telah diadakan Bina Insan Guru (BIG) Fasa II. Untuk BIG kali ini kami dikehendaki membuat khidmat masyarakat. Kami telah memilih Tabika TUDM Gong Kedak, Besut, Terengganu.

Bagi aktiviti ini kami telah mencurahkan idea kreatif kami bagi 2 buah lukisan dinding (mural) bagi menceriakan tabika tersebut.

Berikut adalah gambar yang sempat diambil oleh jurukamera kami.









Banyak lagi gambar menarik boleh klik link ini.

Sekian, wassalam.

Thursday, July 15, 2010

Ulang Tahun Ke-2.

Salam.

Tarikh 14 Julai 2010, kami meraikan ulang tahun ke-2 menjejakkan kaki di IPG Kampus Sultan Mizan ini.



Jika 2 tahun lalu kami bergelar pelajar Persediaan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP), kini kami telah pun bergelar pelajar Progran Izajah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) semester dua. Begitu pantas masa berlalu.

Sepanjang dua tahun kami bersama banyak suka dan duka kami lalui bersama. Kenangan yang kami lalui itulah yang mematangkan kami dalam menjalani hari-hari di kampus ini.

Diharapkan ukhwah yang terjalin ini akan berkekalan sampai bila-bila. Insya Allah.

Saturday, July 10, 2010

Majlis Persaraan.

Salam.



Pada tarikh 8 Julai 2010 bertempat di Dewan Bendahara IPG Kampus Sultan Mizan telah dilangsungkan Majlis Persaraan tiga orang pensyarah IPG ini.

Yang diraikan pada majlis tersebut ialah :


  • Tuan Haji Abdul Murad Bin Zakaria, Ketua Jabatan Pengajian Melayu
  • Tuan Haji Ahmad Bin Mohd Salleh, Pensyarah Kanan JaPIM
  • Tuan Haji Yajid Bin Yaakob, Pensyarah Kanan Jabatan Matematik

Kami dari kelas RBT4 mengucapkan selamat bersara kepada encik bertiga. Jasa kalian amat kami hargai.

Thursday, July 1, 2010

Tahun Pertama, Semester Ke-2.

Salam.

Hari ini genaplah seminggu kami memulakan kuliah di semester baru bagi tahun pertama kami. Alhamdulillah semua masih berjalan lancar. Kami berharap perkara ini akan berlanjutan sehingga ke hujung semester. Amiin.

Pada semester kali kelas kami diterajui oleh Saudara Tengku Akhtarul Hassan sebagai Ketua Unit (KU). Bagi jawatan Penolong Ketua Unit (PKU) pula disandang oleh Saudari Rahimah Bt Yem. Bagi jawatan setiausaha dan Bendahari masih disandang oleh Saudari Nurul Syazwana Bt Suhaimi dan Saudari Nurrarrah Ain Bt Mohd Ali.



Subjek bagi semester kali ini terdiri daripada :


  • WAJ3103 - English Language Profeciency 2
  • WAJ3104 - Literasi Bahasa 
  • WAJ3105 - Numerical Literacy
  • EDU3103 - Murid & Alam Belajar
  • RBT3103 - Kajian Kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah
  • RBT3104 - Teknologi Tanaman Sayuran & Hiasan
  • PJM3102 - Pergerakan Asas

Diharapkan akan menambah satu lagi koleksi memori indah yang akan terukir kekal dalam ingatan kami seisi kelas.

Sekian, wassalam

Saturday, May 15, 2010

Selamat Hari Guru.

Salam.


Tanggal 16 Mei setiap tahun merupakan hari sambutan sempena menperingati jasa guru. Jadi kami di sini tidak ketinggalan juga untuk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidikan dan bakal pendidikan di Malaysia ini. Jasa dan pengorbanan kalian tidak dapat dibalas di dunia ini. Hanya doa dan kejayaan dari ilmu yang dicurahkan mengiringi kalian.

Marilah kita sama-sama layang lagu Terima Kasih Guru oleh Mirwana.


Sekian, wassalam.

Monday, May 10, 2010

Kejohanan Futsal Sem 1/2010

Salam.

Acara : Kejohanan Futsal Inter Batch PISMP Januari 2010
Tarikh : 5 Mac 2010
Tempat : Gelanggang Futsal Kg. Raja
Masa : 3.00 petang sehingga 6.00 petang

Sebanyak 6 pasukan telah mengambil bahagian bagi kejohanan edisi ke-5 ini. Kejohanan ini diadakan adalah bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara sesama ahli batch.

Pemenang :
Johan - RBT 3
Naib Johan - Sains
Ketiga - Kajian Sosial-Pemulihan
Keempat - RBT 2
Kelima - RBT 4
Keenam - RBT 1

Berikut adalah gambar kenangan pasukan futsal RBT 4.

 hadapan

belakang

**tiada dalam gambar afiq syazwan

Wednesday, April 21, 2010

Happy Birthday.

Salam.

Kami ingin mengucapkan Selamat Ulang Tahun Kelahiran yang ke-20 buat saudari 
ISTIQOMAH BT AHMAD ROZI
yang jatuh pada tarikh 20 April 2010.



Dengan ucapan,
Semoga diberkati oleh Allah SWT.
Moga menjadi pendidik yang berguna.
Moga menjadi muslimah yang sejati.


Sekian, wassalam.

Thursday, April 8, 2010

Projek Kerja Kayu 2010.

Salam buat semua sahabat.
Sekarang ini kami dalam proses menyiapkan projek kayu kami.
Kami dikehendaki membuat sebuah rak buku gantung.

Berikut serba sedikit gelagat kami sewaktu bertungkus lumus menyiapkan projek tersebut :

 agak-agak kalau gam saja kukuh tak?

 safety first.

 ini bukanlah langkah keselamatan yang betul sewaktu menggunakan jigsaw.
tak reti nak fokus langsung buat kerja itu.

 memotong playwood.

 mengubah design mengikut bahan yang tinggal

 mari potong besi :)

istiqomah bermain bunga api kah?
TIDAK. dia sedang membentuk besi.

Friday, March 12, 2010

Permohonan Untuk Kursus Perguruan Lepasan SPM.

salam.

kami PISMP RBT 4 ambilan Jaunari 2010
ingin mengucapkan selamat bercuti buat semua.
terutama buat guru-guru pelatih IPG KSM.

jangan nakal-nakal okey semasa cuti ini.
jangan lupa buat tugasan yang masih belum siap.

sehubungan dengan itu juga, kami ingin
mengucapkan tahniah buat semua adik-adik
yang telah berjaya mendapatkan banyak A
dalam keputusan SPM yang diumumkan baru-baru ini.

yang kurang bilangan A nya, jangan bersedih.
teruskan usaha, tingkatkan azam untuk terus berjaya.

baiklah, bagi adik-adik di luar sana yang berminat
dalam bidang perguruan/pendidikan bolehlah memohon
untuk menjadi sebahagian daripada kami. huhu.

ini link untuk mengisi borang. sebelum itu
jangan lupa untuk membeli nombor pin di BSN berhampiran anda.

PERMOHONAN DALAM TALIAN KURSUS PERGURUAN LEPASAN SPM (KPLSPM)

tarikh tutup permohonan :: 28 mac 2010

sekian, wassalam

Monday, March 8, 2010

Short Update


salam buat semua sobat.

minggu ini merupakan minggu terakhir
sebelum kami semua bercuti mid sem.
cuti hanya seminggu sahaja.

selepas cuti tersebut, kami akan menjalani
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)
atau
SCHOOL BASE EXPERIENCE (SBE)
selama seminggu.

tugusan yang menjadi kegemaran kami semua
juga semakin bertambah. huhu.


sekian, wassalam :)

Friday, January 22, 2010

Subjek Sem 1.

assalamualaikum wbt dan salam satu malaysia buat semua.


harap anda semua sihat-sihat sejahtera hendaknya.
seperti sedia maklum, kami baru sahaja bergelar pelajar PISMP.
antara subjek yang kami pelajari untuk semester ini adalah seperti berikut :

  • WAJ3102 (English Language Profeciency 1)
  • RBT3101 (Pendidikan Teknik & Vokasional)
  • RBT3102 (Teknologi Bahan & Pembuatan)
  • EDU3101 (Falsafah & Pendidikan Di Malaysia)
  • EDU3102 (Perkembangan Kanak-kanak)
  • WAJ3101 (Tamadun Islam & Tamadun Asia)
  • WAJ3108 (Pengurusan Kokurikulum)

sekian, wassalam.
 

Blog Template by bicaraseliparjepun